Nabi Yakub As
Nabi Yakub As merupakan anak dari Nabi Ishaq bin Ibrahim As bin Azar bin Sam bin Nuh. Beliau diutus untuk menjadi Rasul di negeri Kan'an untuk memimpin penduduknya agar menyembah Allah SWT. Riwayat lain menceritakan bahawa beliau diutuskan ke Nablus. Beliau berkerja sebagai petani dan penternak. Beliau dikaruniakan 12 orang anak dari hasil pernikahannya dengan 4 orang istrinya. Mereka turut disebut di dalam Al-Quran sebagai “Al-Asbaath” yang membawa maksud qabilah Bani Israil.
Pada masa itu tercetus peperangan salib diantara keluarga Nabi Yakub As dengan raja. Atas izin Allah SWT, raja itu berjaya dikalahkan oleh mereka dan hartanya dijadikan sebagai harta rampasan perang (ghanimah). Selepas itu, Nabi Yakub As berhijrah ke Palestin untuk menemui bapak saudaranya yang bernama Laban. Beliau berjalan pada malam hari dan beristirahat pada siang hari. Kemudian, keluarga Nabi Yakub As dan keturunanya di beri gelar sebagai Bani Israil yang membawa maksud suku yang berjalan pada malam hari. Dalam perjalanan hijrah tersebut, beliau tertidur di atas batu dan bermimpi menerima wahyu dari Allah SWT yang menyatakan bahawa Nabi Yakub As dan kaumnya dikaruniakan Baitulmaqdis dan kitab sebagai hikmah dan pegangan.
Nabi Yakub As wafat pada saat berusia 147 tahun di Mesir. Faktor usia menyebabkan beliau menyerahkan tugasnya kepada puteraya yang bernama Nabi Yusuf As. Nabi Yusuf mewarisi peranan ayahnya sebagai pembesar mesir. Beliau tinggal di Mesir dan dikaruniakan zuriat keturunan yang teramai di Mesir. Inilah asal permulaan bangsa Israil dan tersebar luas di negeri Mesir. Mereka kemudian dibebaskan oleh Nabi Musa As dari penjajahan Firaun yang dilaknat Oleh Allah SWT
